Awal Muharram 1431/1432..

Friday, December 18, 2009

ASSALAMUALAIKUM WBT...Sempena kedatangan Awal muharram pada hari ini kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431/1432 H bersamaan 18/12/2009 kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia. Hari ni kita semua menyambut awal muharram yang amat bersejarah..semoga kehidupan kita semua menjadi lebih baik dan berkualiti dari yang sebelumnya,aminnnn...Jika dilihat kembali sejarah awal muharram a.k.a maal hijrah ini maka dapatlah kita fahami bahawa ketibaan maal hijrah ni merupakan satu detik terbaik memulakan perubahaan2 positif dalam hidup kita. Sebagaimana pengertian Hijrah itu sendiri, perubahan yang dilakukan itu merupakan satu perjuangan dengan azam yang tinggi. So apa azam kawan2 sumer? aku harap aku dapat jadi isteri,anak,ibu dan cikgu yang lebih baik dari sebelum ni..besar azam aku tu..hehe..mudah2an la dapat aku lakukan dengan baik sumer tanggungjawab aku dalam tahun baru nih..aminnn...kat bawah ni doa awal tahun dan akhir tahun..harap2 sumer kengkawan x ketinggalan untuk baca doa nih...

DOA AKHIR TAHUN

dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

wallahua'lam....

3 comments:

khaizha98 said...

Salam , membalas kunjungan. :)

ummu aiman said...

tq khaizha...

Julie said...

udah..bu...thnks..

Post a Comment

Mama::Aiman::Ayah Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino